Tentera Udara Venezuela
Venezuelan Air Force Aviación Militar Venezolana | |
---|---|
Aktif | 10 Disember, 1920 |
Negara | Venezuela |
Cawangan | Angkatan Tentera Venezuela |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | Mirage III, OV-10, |
Pejuang | Su-30, F-16, VF-5 |
Pelatih | C182, SF-260, EMB-312 |
Pengangkut | C-130, G.222, |
Tentera Udara Venezuela, (Bahasa Sepanyol Aviación Militar Bolivariana de Venezuela,dahulunya Fuerza Aérea Venezolana, FAV) adalah sebuah badan keselamatan profesional untuk mempertahankan kedaulatan dan ruang udara Venezuela. Ia merupakan sebuah komponen dalam Angkatan Tentera Venezuela.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kelahiran FAV bermula pada 10 Disember, 1920 apabila Sekolah Penerbangan Tentera Venezuela ditubuhkan. Antara pesawat-pesawat terawal yang dimiliki termasuk Farman, Caudron G-3 dan juga pesawat amfibia Caudron G-4. Dekad pertama penubuhan FAV banyak dipengaruhi oleh Perancis, Jerman dan Itali. Selepas Perang Dunia II, tentera udara telah disusun kembali dengan bantuan Amerika Syarikat, yang mana menjadi permulaan pada penubuhan rasmi Fuerza Aérea Venezolana, pada 22 Jun, 1946.
Kebanyakan pangkalan tentera udara pada hari ini telah dibina pada tahun 1960-an. Di antara pesawat pejuang utama pada masa itu adalah Venom, Vampire, dan F-86. Manakala skuadron pesawat pengebom pula menggunakan pesawat B-25 Mitchell. Tahun-tahun 1970-an dan 1980-an telah menyaksikan peningkatan pada tahap kekuatan FAV, peningkatan harga minyak telah membolehkan FAV untuk melengkap kembali unit-unitnya. Pegangan kombinasi pelbagai jenis pesawat dikekalkan dan pesawat-pesawat seperti Mirage IIIE/V, VF-5A/D, T-2D, OV-10A/E dan T-27 telah diperoleh. Venezuela merupakan di antara pelanggan eksport pertama bagi pesawat F-16 Fighting Falcon yang mana tiba pada tahun 1983 bagi melengkapkan skuadron yang baru ditubuhkan iaitu Grupo Aéreo de Caza 16 yang berpangkalan di Pangkalan Udara El Libertador. [1][2]
Pada 2006, pesawat-pesawat F-16, F-5 dan Mirage milik Tentera Udara Venezuela telah terlibat dalam latihan bersama Cruzex III yang telah diadakan di Brazil bersama-sama tentera udara Argentina, Brazil, Chile, Perancis, Peru dan Uruguay. [3]
Program pemodenan
[sunting | sunting sumber]Venezuela akan membeli sekurang-kuranya 4 buah helikopter Mil Mi-28 pada masa depan. Helikopter ini akan beroperasi pada tahun 2009. Terdapat laporan Tentera Udara Venezuela akan membeli sekurang-kurangnya 2 buah pesawat IL-76.
Pada Julai 2005, Venezuela telah membeli 24 buah pesawat Sukhoi Su-30MKK daripada Rusia, sebagai tindak balas ke atas sekatan alat-alat ganti pesawat F-16 Fighting Falcon oleh Amerika Syarikat. Kesemua pesawat ini telah dihantar dengan pesawat terakhir telah dihantar kepada Venezuela pada 2008.[4]
Baru-baru ini, Venezuela sedang berbincang dengan Rusia bagi memperoleh pesawat pejuang Sukhoi Su-35 pada masa akan datang.[5]
Pesawat dalam pegangan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "F-16 untuk Venezuela".
- ^ "F-16 Venezuelan".
- ^ "Fuerza Aérea Venezolana participó en ejercicio multinacional Cruzex 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-17. Dicapai pada 2008-10-27.
- ^ Rusia akan mempromosi pesawat Sukhoi-35 di Amerika Selatan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 2008-12-05.
- ^ "World Military Aircraft Inventory", Aerospace Source Book 2007, Aviation Week & Space Technology, January 15 2007.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-27. Dicapai pada 2008-10-27.